Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya akan menentukan kerjasama politik di peringkat nasional selepas 19 November.<br /><br />Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan, ia adalah prerogatif GPS untuk menjalankan rundingan dengan sesiapa sahaja, dengan mengutamakan kerjasama yang membawa kepada kestabilan politik negara.
